Suhaizan Kayat dilantik Speaker DUN Johor
  • 6 years ago
Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kayat hari ini dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru.

Beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan disokong oleh ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang juga pengerusi hal ehwal agama Islam dan pendidikan negeri.

Suhaizan, 45 adalah bekas ketua pemuda PAS yang memulakan kerjaya politiknya di Johor. Selepas pemilihan muktamar PAS pada tahun 2015, beliau meninggalkan PAS dan ikut serta menubuhkan AMANAH serta dilantik sebagai setiausaha organisasi kebangsaan AMANAH.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-4 (PRU14), Suhaizan bertanding di kerusi DUN Kukup tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Md Othman Yusoff dengan majoriti 862 undi.

Suhaizan memperoleh 10,251 undi, Md Othman mendapat 11,113 undi manakala calon PAS, Karim Deraman memperoleh 1,040 undi.

Dengan pelantikan itu, Suhaizan menjadi speaker DUN yang bukan ahli dewan.