Kenyataan menteri tak cukup kajian - PPIM

  • 6 years ago
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata perancangan dan penyelidikan yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum menetapkan semua restoran di negara ini menggunakan khidmat tukang masak tempatan.

Walaupun PPIM menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia itu yang mengutamakan tukang masak tempatan, kata Nadzim, rundingan harus dilakukan terlebih dahulu antara pihak kementerian dan pihak berkepentingan seperti pengusaha kedai makan dan persatuan pengguna.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran bahawa semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.

Recommended