'Dakwaan Noh buat kenyataan bercanggah dengan Zahid tak betul'

  • 2 years ago
Ahli MKT Umno Arman Azha Abu Hanifah menafikan bahawa Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar telah mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Dakwaaan itu katanya hanya sebahagian pandangan 'orang luar' untuk mencipta keretakan dalam Umno dan BN di negeri itu.

Semalam Malaysiakini melaporkan, sumber dalaman Umno mendakwa tingkah laku Noh di Selangor akhir-akhir ini kurang disenangi kepimpinan parti, antaranya mengenai kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Sumber: https://www.facebook.com/armandsubang/videos/5175203769206564

Recommended