MetroTV siar kapal mewah Jho Low disita di Bali

  • 6 years ago
Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB di Bali.

Aset itu antara dijejak oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.