Remaja lompat macam 'pocong' ditahan

  • 6 years ago
Video penahanan empat remaja dengan seorang daripada mereka yang menyerupai pocong tular di laman sosial sejak Sabtu lalu hingga mencuit hati pengguna Facebook.

Rakaman tersebut berdurasi 30 saat yang menunjukkan remaja yang membalut tubuh dengan kain selimut berwarna kelabu melompat seperti pocong di depan anggota-anggota polis.

Tujuan mereka hanya mahu mengusik kanak-kanak yang pulang daripada mengaji al-Quran dengan berpakaian menyerupai 'hantu pocong'.

Namun tindakan itu membawa padah apabila dia ditahan polis di Pekan Bukit Pinang di Alor Setar, pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan pihaknya mendapati ia merupakan perbuatan nakal remaja terbabit dan tidak mempunyai niat jenayah lain seperti mencuri atau melibatkan kehilangan harta benda.

Recommended