'Panggilan negara! Moga lebih cemerlang dari Sukan Sea'

  • 6 years ago
Piala Asia bawah 23 tahun (B-23)bakal membuka tirai esok dan pasukan kebangsaan bakal berdepan dengan pasukan Iraq.

Dan seperti yang dijanjikan oleh Kumpulan Penyokong Harimau Malaya ketika menaikkan kain rentang 'SEE U IN CHINA' pada final bola sepak Sukan Sea Ogos lalu.

Mereka semua bakal terbang ke China sebagai pemain ke-12 negara untuk memberi sokongan kepada Skuad B-23 negara di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee.

Pada laman Facebook rasmi UM'07, video suntingan dengan tajuk "National calling!! Moga mereka lebih cemerlang dari Sukan SEA" dimuat naik untuk mengajak para penyokong yang mahu menyertai 'kembara' mereka.

Dalam pada itu laman semuanyabola menghubungi wakil Ultras Malaya, Alfadli Awaludin sebagai berkata "Sejak kain rentang itu dinaikkan, komrad sudah mula kumpul duit,”

Tambah Alfadli yang juga dikenali sebagai Rambo berkata untuk 'kembara' kali ini tidak ramai seperti di Sukan Sea tapi cukup untuk memenihi sebijik bas ketika di China nanti.

Ultras Malaya ujarnya berharap pasukan kebangsaan mempamerkan satu aksi yang baik seperti di Sukan Sea tahun lalu.