Guan Eng nasihat Hadi saman NST
  • 6 years ago
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk mengfailkan saman terhadap News Strait Times (NST) yang menyiarkan salah lapor kerana menyiarkan kenyataannya mengenai semua anggota kabinet Kerajaan Persekutuan mesti Melayu.

Menjawab soalan pemberita, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, penafian yang dibuat Abdul Hadi sebelum ini adalah tidak memadai.

“Sekiranya Hadi tidak berani saman, ia bukan sahaja menyakitkan hati orang bukan Islam, orang bukan Melayu dan orang bukan Islam, malah masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu berasa terancam,” katanya pagi tadi di seberang jaya