Tarikh baru pemindahan operasi AirAsia ke Terminal 1

  • 6 years ago
Kerajaan akan menetapkan tarikah baru bagi syarikat penerbangan AirAsia memindahkan operasinya dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, KKIA. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi memberitahu Dewan Negara, bahawa perbincangan masih dibuat oleh kerajaan dan Malaysia Airports Berhad, MAHB dengan syarikat penerbangan tambang murah itu.