Pemindahan AirAsia ke Terminal 1 KKIA kritikal

  • 6 years ago
Pemindahan operasi AirAsia ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu KKIA dari Terminal 2 amat kritikal memandangkan jumlah penumpang kini melebihi kapasiti Terminal 2.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad MAHB Datuk Baldisham Ghazali berkata terminal 2 hanya mampu menampung sekitar 1.5 ke 2 juta penumpang setahun berbanding jumlah 3.6 juta penumpang tahun lepas.