Penjenayah samun ditumpas polis

  • 6 years ago
Satu kumpulan samun bersenjata di sekitar Ampang dan Hulu Klang berjaya ditumpaskan polis Selangor berikutan tertangkapnya empat penjenayah termasuk seorang warga asing sejak 2 April hingga 8 April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki serta wanita indonesia berusia 27 hingga 40 tahun itu, dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak setahun lalu.