Polis tembak mati penjenayah di Sungai Siput

  • 6 years ago
Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak menembak mati seorang penjenayah yang dikehendaki dalam satu kejadian tembak menembak di Sungai Siput, pada Jumaat pagi. Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditumpaskan ketika pasukan polis sedang melakukan Ops Cantas khas di sekitar daerah itu.