Malaysia mula laksana GST hari ini

  • 7 years ago
Malaysia mula melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan, GST hari ini yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Langkah itu menyaksikan malaysia menyertai barisan lebih 160 negara di dunia yang telah memperkenalkan GST, termasuk tujuh negara rantau Asia Tenggara yang menganggotai Asean.