Fokus Hari Ini 8 Malam: Tiga sekeluarga maut & Pahang mula banjir

  • 6 years ago
Tiga sekeluarga maut termasuk bayi tujuh bulan membabitkan kemalangan di Kampung Kayan, Sitiawan. Semua mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam parit sedalam 2.5 meter. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata kejadian berlaku ketika mangsa menuju ke Teluk Intan.

Selepas Kelantan dan Terengganu, Pahang mula dilanda banjir. 47 penduduk daripada 14 keluarga di dua kampung di Raub menjadi mangsa banjir pertama dipindahkan.