Situasi banjir terkini

  • 7 years ago
Mayat mangsa banjir kedua di Terengganu, ditemui di sungai di Jampung Bukit Wan, Batu Rakit, pukul 8.30 malam Khamis. Mangsa terbabit, Muda Abdullah, 40 tahun yang juga orang kelainan upaya ditemui ahli keluarga dan orang ramai yang menjalankan kerja-kerja mencari setelah dia disedari hilang, dengan selipar dan payungnya dijumpai di tepi sungai. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. Sementara itu, paras air di dua sungai utama di Terengganu yang meningkat melepasi paras bahaya pada Khamis menurun ke paras normal pukul 4 petang tadi.