Situasi banjir di Johor makin baik

  • 6 years ago
Keadaan banjir di Johor semakin berkurangan apabila lima pusat pemindahan mangsa banjir di daerah kluang di tutup pada jam 12 tengahari tadi ekoran cuaca cerah. Mengikut sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat jam 4 petang, hanya 10 pusat pemindahan banjir melibatkan 439 mangsa daripada 112 keluarga dibuka.