Aksi Hafizh raih tempat ke-3 GP Jepun
  • 7 years ago
Hafizh Syahrin Abdullah menaiki podium buat kali kedua musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di kedudukan ketiga.

Tuah sekali lagi menyebelahi Hafizh apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua di GP San Marino ketika pertama kali beliau menaiki podium bulan lalu.

Keputusan menyaksikan pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu menambah 16 mata kejuaraan untuk mendaki satu anak tangga ke kedudukan ke-10 keseluruhan pelumba.

Tempat pertama diungguli oleh pasukan Marc VDS dari Sepanyol Marc VDS, Alex Marquez dan tempat kedua diduduki oleh rakan senegara, Xavi Vierge.