Pertama di dunia, spurs pamer stadium gabung dua padang

  • 7 years ago
Tottenham Hotspur semalam menerusi laman rasmi Facebook mereka memuat naik video 'footage' stadium canggih milik mereka yang menggabungkan dua jenis padang.

Padang bola sepak dan padang bola sepak Amerika atau ragbi amerika (NFL) disatukan dalam satu stadium.

Menerusi penerangan video tersebut, stadium baru Spurs itu dilengkapi teknologi terkini dengan padang boleh diganti atas bawah di padang bola sepak di bahagian atas dan padang NFL di bahagian bawah.

Padang bola sepak menggunakan rumput asli manakala NFL menggunakan rumput tiruan.