Saman DOJ berunsur politik, kata AG

  • 7 years ago
Tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DOJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, di Kota Bharu, semalam.