Zahid- Ada cara lain dapatkan sampel DNA Jong-nam
  • 7 years ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menjelaskan tidak ada seorang pun waris Kim Jong-nam tampil memberi pengesahan identiti DNA setakat ini.

Namun, katanya, terdapat cara lain untuk mendapatkan sampel DNA tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Sesi 2014-2016, Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.