Karya terbaru Eminem 'No Favors' kutuk Donald Trump
  • 7 years ago
Penyanyi rap terkenal Eminem tampil dengan lagu terbarunya bertajuk No Favors yang pertama kali dperdengarkan Jumaat lalu dengan lirik dpenuhi maki hamun kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Lagu No Favors dimuatkan dalam album terbarunya I Decided dan menurut laporan portal CNN, sehingga kini White House masih tidak memberi maklum balas terhadap lagu terbaru Eminem itu.

Melalui lirik lagu itu, Eminem berikrar memastikan Trump dan keseluruhan deligasinya hancur.
Eminem sering mengecam kepincangan politik melalui lagu-lagunya.