'Amukan api' di Israel, Netanyahu tuduh Palestin dalang kebakaran

  • 7 years ago
'Amukan api' yang kini sedang melanda Israel kian menghampiri bandar Haifa.

250,000 penduduk diarah keluar dari rumah masing-masing akibat api semakin marak susulan angin kering yang melanda kawasan perumahan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran dan berikrar untuk memburu pihak terlibat seperti di laporkan Mstar Online.

Empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.