Peminat bola sepak mengamuk bunuh 13 penonton di Sudan

  • 7 years ago
Kerana enggan membayar untuk menonoton siasaran langsung EPL, seorang peminat bola sepak mengamuk dengan menembak 13 penonton di sebuah bar di pinggir Juba, ibu negara Sudan.

Polis berkata, kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, turut mencederakan10 lagi mangsa dan kini sedang dirawat di hospital.

Setiap penonton dikenakan bayaran kira-kira $AS0.50 atau kira-kira RM2.10 bagi menyaksikan perlawanan antara Chelsea lwn Everton.