Search
Library
Log in
Watch fullscreen
6 years ago

China ghairah berbelanja besar beli bintang bola sepak Eropah

KiniTV
KiniTV
Kancah Liga Super China turut diwarnai dengan kegilaan membeli pemain seperti yang dilakukan kelab Eropah.

Terbaru, sebuah kelab Jiangsu Suning FC, sanggup membelanjakan 28.5 juta dolar Amerika membeli pemain Brazil, Ramires, 28 tahun dari Chelsea.

Minggu lalu, pemain berusia 29 tahun Colombia, Fredy Guarin dijual oleh Inter Milan kepada Shanghai Greenland Shenhua, sebanyak 14 juta dolar Amerika di samping gaji 6.5 juta dolar Amerika.