Parlimen Hong Kong kecoh, ahli dewan bergaduh
  • 7 years ago
Dua ahli Parlimen yang mahu Hong Kong berpisah dari China bergelut dengan pegawai keselamatan di mana seorang daripada mereka ditarik keluar dari dewan.

Baggio Leung dan Yau Wai-ching memasuki dewan walaupun dilarang berbuat demikian kerana mereka sedang menunggu semakan kehakiman sama ada mereka boleh menyertai sidang.

Sebaik sahaja Yau ke meja depan dan mengambil mikrofon untuk mengangkat sumpah dan membacakan ikrar taat setia, beliau terus dikepung pegawai keselamatan.

Baggio juga disekat daripada berbuat demikian sehingga berlaklu tolak-menolak dan pertengkaran.