Olimpik Rio menakjubkan, temasya 2020 di Tokyo

  • 8 years ago
Selepas lebih dua minggu atlet seluruh dunia menyertai temasya Olimpik Rio 2016 berhempas pulas memburu kejayaaan, mereka bergembira memeriahkan upacara penutup di Stadium Maracana.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, IOC, Thomas Bach menyifatkan olimpik yang pertama kali diadakan di bumi Amerika Selatan, Brazil sebagai temasya yang menakjubkan.

Beliau kemudian menyerahkan bendera olimpik kepada Gabenor Yuriko Koike, yang menjadi penganjur temasya tersebut pada 2020.