Caj parkir di KL meningkat 150%

  • 8 years ago
Bermula hari ini, orang ramai dikenakan caj tempat letak kereta di dalam kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dijangka meningkat sebanyak 150 peratus.

Kawasan yang terlibat ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar di mana 75 peratus hingga 100 peratus tempat letak kereta diambil semasa waktu puncak.

Caj tempat letak kenderaan setiap jam di pusat bandar komersial dinaikkan dari 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama.

Kadar caj juga dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 untuk jam berikutnya.