Video PM Kanada berbuka puasa viral

  • 8 years ago
Jika sebelum ini salah seorang ahli parlimen Kanada mengakui beliau berpuasa penuh 30 hari di bulan Ramadan, kini Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memuat naik video beliau menyertai majlis berbuka puasa bersama ahli parlimen Islam Kanada.

Trudeau bukan sahaja mendapat jolokan 'Perdana Menteri paling kacak di dunia' malah menerima pujian atas sikap toleransi dan prihatin terhadap masyarakat berbilang agama di Kanada.

Video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau itu telah ditonton lebih enam juta pelayar internet.