Lelaki berbaju Melayu ketua perbarisan hari lahir Ratu Elizabeth II

  • 8 years ago
Seorang lelaki rakyat Malaysia lengkap berbaju Melayu tanpa songkok mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.

Hari lahir ratu pemerintah United Kingdom ini sebenarnya jatuh pada setiap tanggal 21 April, namun upacara ini merupakan sebahagian daripada perayaan tersebut yang diadakan pada setiap tahun.

Rakaman yang dikongsikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu menunjukkan Kishva Ambigapathy berjalan megah sambil memegang cokmar diraja.