Gempa Taiwan: Kerja menyelamat selepas 72 jam bangunan runtuh
  • 8 years ago
Anggota Penyelamat mula menggunakan jentera berat hari ini untuk mengesan lebih 100 orang yang terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri akibat gempa bumi selepas tempoh masa 72 jam berlalu.
Lebih 210 mangsa berjaya dikeluarkan dari bangunan 16 tingkat Wei-kuan, satu-satunya bangunan tertinggi di bandar selatan Tainan yang runtuh sepenuhnya selepas gempa bumi 6.4 magnitud melanda sebelum subuh Sabtu lalu dan mengorbankan lebih 40 orang.