Hadiah buku pada 'anak jalanan' raih pujian

  • 8 years ago
Satu video berdurasi 45 saat menerima pujian para pelayar internet dengan ditonton hampir sejuta pelayar dan menerima lebih 5000 kongsian.

Video memaparkan seorang wanita turun dari kereta dan memanggil dua orang kanak-kanak dengan seorang daripadanya membawa kereta sorong dipercayai digunakan untuk mengutip barangan terpakai dan memberikan mereka hadiah buku.

Tindakan wanita tersebut menerima pujian para pelayar kerana memberi harapan kepada kanak-kanak tersebut yang dipercayai tidak bersekolah peluang menimba ilmu.