Anak Zahid terima kasih pada Najib atas sokongan
  • 5 years ago
Dalam posting instagram dan IG Story Nurul Hidayah Zahid Hamidi hari ini, dia berdoa agar segala drama yang sedang berlaku berakhir.

Nurul turut memuatnaik sekeping photo Najib yang duduk di sebelah Zahid yang kelihatan sedang berbual memberi sokongan .

Dia turut berterima kasih kepada Najib Razak atas sokongan itu dan dalam IG storynya dia turut menulis akan berjuang habis-habisan.

Zahid Hamidi kini sedang berdepan dengan dakwaan tujuh tujuh tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Sumber : Nurul.Zahid
Recommended