Voice Of Angel Iman Farrar - The Celebration Of Best Of Creation Mega Mawlid Sydney Australia 2012 (Islamic Nasheed/Song Islam Itu Indah Channel) इस्लामी नशीद خوبصورت نشید

  • 8 years ago
Young Muslims in Sydney celebrate the birth of Prophet Muhammad (peace be upon him). Join in the celebration of best of creation - Mawlid 2012. Languages spoken were Malay, Arabic, Krio (Sierra Leone), Bosnian, Urdu, Turkis, English, Sudanese.

Subhanallah, absolutely stunning voice by the beautiful Malaysian singer Iman Farrar reciting poem & nasyid at the 2MFM Muslim Community Radio Mega Mawlid Concert in 2012.

MasyaAllah merdunya suara Iman Farrar, gadis yang berasal dari Pasir Puteh Kelate ini mengalunkan puisi & nasyid semasa konsert Mega Maulid (Maulud Nabi) di Sydney Australia pada tahun 2012 bersama2 dengan kanak2 muslim berbilang bangsa, budaya dan negara di sana.

Siapa Dia Iman Farrar:

Anak Malaysia yang kini bermastautin di Sydney, Australia, Iman Farrar kini popular di negara kanggaru itu. Dia kerap diundang mengadakan persembahan bersama kumpulan nasyidnya.

Iman bersama kumpulannya The Malay Chanting Group sering mendapat undangan mengadakan persembahan yang bukan hanya dihadiri masyarakat Malaysia, malah kelumpuk Islam lainnya.

Mereka muncul dalam majlis berskala besar yang menjurus ke arah pengisian keislaman misalnya sambutan Maulidul Rasul dan sambutan acara lain lain. Khabarnya Iman adalah berasal dari Kelate dan menetap di sana.

Groupnya dianggotai kesemua ahli wanita. Ada ibu serta adiknya, Khadeeja yang masih kanak-kanak. Iman ialah penyanyi utama kumpulan itu.

Mereka mempersembahkan lagu-lagudalam bahasa Arab, Inggeris dan tidak ketinggalan lagu Melayu. lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza juga dipersembahkan dengan lirik yang berbeza dengan judul Cindai Sifatullah. Mereka juga mempersembahkan lagu popular kumpulan Raihan.

Insan istimewa ini mempunyai suara yang sangat gemersik merdu. Alhamdulillah beliau menggunakan suara yang merdu itu ke jalan yang tidak sia-sia dengan berdakwah untuk semua lapisan masyarakat supaya mencintai Islam. Semoga ada ganjaran yang baik untuk beliau.

Recommended