Mahathir senaraikan kepincangan pentadbiran Najib

  • 8 years ago
Dalam surat terbuka kepada ahli dan pemimpin akar umbi Umno menjelang perhimpunan agung tahunan parti minggu depan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan apa yang didakwanya sebagai kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mengulangi dakwaannya bahawa Umno kini milik Najib dan perjuangan parti terhad kepada mendokong presiden.