PLUS boleh naikkan kadar tol pada 2016

  • 8 years ago
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata semua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) Malaysia Bhd layak untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai tahun 2016.

Beliau berkata begitu dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat juga memaklumkan syarikat itu juga berhak mengkaji kadar tol semula setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.