'Penghadang ini boleh sekat Covid-19 ke_' - soal Teresa Kok pada Adham

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoal keberkesanan pemasangan penghadang lutsinar yang dipasang di setiap tempat duduk ahli parlimen di Dewan Rakyat sejak Isnin lalu bagi menghalang jangkitan Covid-19.

Namun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia hanya mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, bukanlah untuk lindungi sepenuhnya.

Beliau berkata demikian sewaktu pertanyaan soalan tambahan dari Teresa Kok di Dewan Rakyat, hari ini.