MKN kaji jika Waze, Peta Google ancam keselamatan

  • 8 years ago
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mungkin mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji potensi ancaman navigasi GPS seperti Waze dan Peta Google terhadap negara.

Ini adalah selepas dua ahli parlimen BN terus menimbulkan kebimbangan bahawa aplikasi berkenaan boleh digunakan untuk membocorkan maklumat sensitif, walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikannya.