Jerebu semakin pulih di Indonesia

  • 9 years ago
Beberapa buah bandar di Kalimantan dan Suma­tera yang sebelum ini diselubungi jerebu dan asap tebal selama berbulan-bulan, akhirnya kembali pulih apabila tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah paras terendah sejak krisis itu melanda Indonesia pada bulan Ogos lalu.

Semua bandar yang dipantau Agensi Meteo­rologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pagi ini pertama kali berada di luar zon tidak sihat sejak krisis itu me­landa.