Dewan Rakyat bincang usul jerebu petang ini

  • 9 years ago
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membincangkan situasi jerebu yang melanda negara pada petang ini bermula 4.30 sehingga 5.30 petang.

Usul yang dibawa oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee setelah berpuas hati bahawa usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.