Etnik Islam Kaman di Myanmar tak boleh Mengundi
  • 8 years ago
Sebanyak 2,000 orang penduduk Islam daripada etnik Kaman yang diiktiraf ke­rakyatannya oleh Myanmar, kini hidup kemiskinan di negeri Rakhine serta dinafikan hak mengundi dalam pilihan raya negara ini yang bakal berlangsung bulan ini.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, nasib etnik itu berubah selepas sengketa agama tercetus di Myanmar pada 2012, memaksa kumpulan tersebut berlindung di kem-kem pelarian yang turut menempatkan 7,000 etnik Rohingya di Kampung Sin Tat Mon, di sini.

Etnik Kaman merupakan satu daripada tujuh kumpulan etnik yang diiktiraf kerajaan Myanmar berdasarkan hubungan sejarah serta kebudayaan yang kuat dengan negara ini.
Recommended