Pelawak jadi Presiden baru Guatemala

  • 9 years ago
Pelawak terkenal, Jimmy Morales memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden Guatemala kelmarin walaupun beliau langsung tidak berpengalaman dalam arena politik.

Morales yang merupakan seorang pelakon komedi dan personaliti televisyen mengumumkan kemenangannya selepas pegawai-pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya itu.

Beliau mendapat 68 peratus undi berbanding 32 peratus yang diperoleh bekas wanita pertama, Sandra Torres selepas 97 peratus undi telah dikira.