Hina Speaker: Lim Kit Siang digantung 6 bulan

  • 9 years ago
Ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang digantung enam bulan daripada menghadiri Mesyuarat Dewan Rakyat Kerana kesalahan menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul penggantungan ke atas beliau dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, menerusi kiraan undi belah bagi.

Pada hari Isnin, Lim didakwa menuduh speaker menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) terhadap1MDB.