Pelajar dakwa minggu UMS jadi program politik

  • 9 years ago
Seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan berang apabila minggu orientasi kampus itu dipolitikkan dengan program mengutuk parti pembangkang.

Beliau yang tidak mahu dikenali menghantar video kepada Kinitv menunjukkan bagaimana pelajar diingatkan supaya tidak menghadiri perhimpunan seperti BERSIH, sedangkan katanya, di negara-negara maju anak-anak seawal usia tadika diajar hak dan demokrasi.

Justeru, katanya, tidak menghairankan negra melahirkan siswazah yang tidak berdaya saing kerana diperbodoh dan didoktrinkan semasa di universiti.

Recommended