Elak perang: Seoul, Pyongyang berunding
  • 9 years ago
Pemimpin kanan Korea Selatan dan Korea Utara mengadakan pertemuan tergempar bagi meredakan ketegangan yang tercetus antara kedua-dua negara sejak minggu lalu, ketika Pyongyang mengancam untuk melancarkan serangan jika Seoul enggan menghentikan propaganda ke atas republik itu.

Pertemuan penting itu berlangsung di Panmunjom berhampiran sempadan kedua-dua negara, kira-kira setengah jam selepas tempoh yang diberikan Korea Utara kepada Korea Selatan untuk menutup sistem pembesar suara propaganda, berakhir.