Tuan Ibrahim: PAS tak kerah ahli sertai BERSIH
  • 9 years ago
PAS mengambil keputusan tidak mengerahkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan itu adalah supaya parti lebih fokus kepada program anjuran mereka iaitu Kongres Rakyat pada 12 September ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited berjuang ke arah tuntutan demokrasi yang adil sebagaimana yang disuarakan oleh BERSIH sebelum ini.