Nur Jazlan: Anarki mahu polis bertindak ke atas BERSIH
  • 9 years ago
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa kementeriannya tidak menolak kemungkinan wujud kumpulan anarki yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan "haram" BERSIH bermula Sabtu hingga Ahad ini.

Dalam satu kenyataan media, katanya, kumpulan dalam perhimpunan berkenaan bertujuan mencetuskan provokasi supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta demonstrasi itu.