MB dedah laporan Kidex selepas lengkap

  • 9 years ago
Semua dokumen laporan impak sosial, alam sekitar, trafik dan pelan jajaran Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) hanya akan dimaklumkan kepada rakyat selepas ia lengkap, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini kerana, katanya, dokumen itu dimiliki Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) yang memantau pembinaan lebuh raya itu dan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan hanya menerima dokumen selepas ia lengkap untuk memberi kelulusan.