Pemisah maklumkan OSCE mayat MH17 diletak di keretapi

  • 9 years ago
Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) memaklumkan bahawa puak pemisah Ukraime memberitahu bahawa mayat yang dikumpul daripada pesawat Malaysia Airline yang terhempas Khamis lalu, kini ditempatkan di keretapi berhawa dingin.

Menurut jurucakap kumpulan pemerhati antarabangsa itu, Michael Bociurkiw, puak pemisah juga memberi jaminan semua 169 mayat diletakkan di stesen Torez sementara menunggu ketibaan pakar.