Akhirnya, pemerhati OSCE berjaya ke lokasi MH17

  • 9 years ago
Selepas berunding dengan pemberontak pro-Russia di Grabove, timur Ukraine , akhirnya pemerhati antarabangsa daripada Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) dibenarkan memantau kerja-kerja mengumpulkan mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Semalam, pemerhati OSCE dihalang oleh kumpulan lelaki bersenjata daripada menjalankan kerja-kerja mereka.