MP Shah Alam mahu PAS perbetulkan keadaan di S'gor

  • 9 years ago
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad mahu PAS memperbetulkan keadaan di Selangor yang dakwanya bukan lagi sebuah kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Pada sidang media di pejabatnya hari ini, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, PAS perlu kembali memperkukuhkan Pakatan sepertimana yang ditegaskan dalam lima muktamar berturut-turut sejak 2009.