'Jangan dakwa Belanjawan hasil rundingan dengan pembangkang!' - MP Shah Alam

  • 3 years ago
Sesi penggulungan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini tegang apabila Khalid Samad (PH-Shah Alam) membuat bantahan terhadap Tengku Zafrul kerana tidak mengadakan rundingan dengan pihak pembangkang sebelum membentangkan belanjawan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga didengar memohon untuk dibenarkan bercakap, namun tidak diberikan peluang.